Elizabeth II dari United Kingdom
Elizabeth II (lahir 21 April 1926 sebagai Elizabeth Alexandra Mary) merupakan Ratu United Kingdom dan lima belas negara lain, iaitu Alam Komanwel (Commonwealth Realm). Di samping United Kingdom, Elizabeth merupakan Ratu Kanada, Australia, New Zealand, Jamaica,Barbados, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Tuvalu,Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Antigua dan Barbuda,Belize dan Saint Kitts dan Nevis. Di negara-negara tersebut, baginda diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral. Alam Komanwel mempunyai jumlah penduduk seramai 129 juta orang. Namun, kuasa baginda hanya terhad kepada budi bicara, dan baginda tidak mempunyai kuasa politik langsung di mana-mana negara Alam Komanwel.
Pemerintahan baginda yang begitu panjang menampakkan perubahan yang nyata dalam Alam Komanwel, khususnya United Kingdom, dan seluruh dunia. Antara peristiwa penting yang berlaku semasa pemerintahan Elizabeth ialah proses pembubaran
Empayar Britishsecara perlahan, iaitu dekolonisasi tanah jajahan Empayar British yang pada satu masa menjadi Empayar terbesar di dunia.
Pemerintahan Ratu Elizabeth II merupakan antara tempoh yang paling lama di United Kingdom, selepas
Ratu Victoria (63 tahun) dan
Raja George III.
Antara negara-negara bekas Alam Komanwel, iaitu negara yang pernah diperintah oleh Elizabeth sebagai Ratu ialah
Ceylon (
Sri Lanka),
Fiji,
Gambia,
Ghana,
Guyana,
India,
Ireland,
Kenya,
Malawi,
Malta,
Mauritius,
Nigeria,
Pakistan,
Sierra Leone,
Afrika Selatan,
Tanganyika(
Tanzania),
Trinidad dan Tobago dan
Uganda. Kesemua negara ini memberhentikan sistem monarki apabila berubah menjadi
republik.
Sebagai Ketua Negara United Kingdom, baginda merupakan Panglima Agung (Commander-in-Chief) Angkatan Tentera British, dan juga kebanyakan negara Alam Komanwel.
Elizabeth mempunyai seoran adinda, iaitu
Puteri Margaret. Mereka diberi pendidikan di rumah. Elizabeth belajar sejarah dengan C. H. K. Marten, diajar
agama oleh Biskop Besar Canterbury, serta boleh bertutur dengan fasih dalam
bahasa Perancis. Gelaran yang digunakan oleh baginda sejak kelahiran baginda ialah "Puteri Elizabeth dari York" (
Her Royal Highness Princess Elizabeth of York).
Bapanya menjadi Raja United Kingdom selepas penurunan takhta bapa saudaranya
Raja Edward VIII pada
1936. Selepas itu baginda dikenali sebagai "Puteri Elizabeth" (
Her Royal Highness The Princess Elizabeth). Semasa bermulanya
Perang Dunia II, Elizabeth berumur 13 tahun dan dipindahkan ke
Windsor Castle. Pada
1945, baginda menyertai Angkatan Tentera di bawah Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita. Elizabeth merupakan satu-satunya kerabat diraja wanita yang menyertai Angkatan Tentera.
- Putera Charles, Putera Wales (lahir 14 November 1948)
- Puteri Anne, Puteri Diraja (lahir 15 Ogos 1950)
- Putera Andrew, Duke York (lahir 19 Februari 1960)
- Putera Edward, Earl Wessex (lahir 10 Mac 1964)
Pada Februari 1952, semasa Elizabeth dan suaminya sedang berlawat ke
Kenya, ayanhanda baginda, George VI meninggal dunia akibat
kanser paru-paru. Baginda pulang ke Britain dengan segera. Upacara pertabalan baginda diadakan pada
2 Jun 1953 di
Westminster Abbey.
Selepas menjadi Ratu Britain, Elizabeth dan suami baginda telah berpindah ke
Istana Buckingham. Namun, baginda dikatakan lebih menyukai
Istana Windsor sebagai kediaman. Elizabeth banyak mengadakan lawatan ke seluruh pelosok dunia. Baginda merupakan ratu pertama melawati
Australia,
New Zealand dan
Fiji. Pada 1957, baginda telah berucap dalam
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebelum ke
Kanada. Pada
1961, Elizabeth melawati
Turki,
India,
Iran,
Pakistan dan
Nepal. Pada
1991, baginda juga berucap dalam sesi
Kongres Amerika Syarikat dan pada
2007, baginda berucap dalam
Perhimpunan Agung Virginia. Elizabeth seing menghadiri
Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) sebagai Ketua
Komanwel.
Kalau Elizabeth memerintah sehingga
9 September 2015 (usia 89), baginda akan menjadi ratu yang mempunyai tempoh pemerintahan yang paling lama di Britain.