Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina. Yum cha (yang secara harfiah "meminum teh") adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonissezaman. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulutdan buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. Juga, ibu bapa Cina suka membawa anak mereka di sana hari Ahad untuk bertemu dan berbual dengan datuk nenek mereka. Sesetengah orang membawa surat khabar dengan mereka dan membincang berita dengan keluarga mereka. Sesetengah kedai makan Cina memberikan potongan harga pada menu hidangan yang dibeli sebelum 11:00 pagi dan potongan waktu teh selepas 2:00 petang untuk menggalakkan pelanggan mengelak dari datang pada waktu puncak makan tengah hari.
Sejarah
Dim Sum biasanya berkaitan dengan tradisi lebih lama Yum Cha (meminum teh), yang mempunyai sejarahnya pada para pengembara di Laluan Sutera kuno yang memerlukan suatu tempat untuk berehat. Oleh itu, rumah-rumah teh didirikan di sepanjang tepi jalan. Para petani luar bandar yang letih selepas bekerja keras di ladang, akan juga pergi ke rumah teh di kala waktu petang untuk berehat. Pada mulanya, ia dianggap tidak sesuai untuk menggabungkan teh dengan makanan, dipercayai ia akan menambahkan berat badan. Masyarakat kemudian mendapati bahawa teh dapat bantu memudahkan pencernaan, jadi pemilik rumah teh bermula menambah pelbagai snek.[perlu rujukan]
Uniknya kesenian memasak Dim Sum berasal dari orang Kantonis di selatan China. Di Hong Kong, dan kebanyakkan bandar raya dan bandar di wilayah Guangdong, banyak kedai makan Cina bermula menghidang dim sum seawal lima pagi. Ia adalah satu tradisi orang tua untuk berkumpul untuk menikmati hidangan dim sum selepas senaman pagi, sambil membaca surat khabar di waktu pagi. Untuk masyarakat di China selatan, yum cha dianggap sebagai hari keluarga di hujung minggu. Selari dengan tradisi ini, restoran dim sum biasanya hanya menghidangkan dim sum sehingga lewat petang (sekitar waktu minum petang pada pukul tiga), dan menghidangkan masakan Kantonis jenis lain pada waktu petang. Kini, pelbagai barang dim sum juga dijual sebagai makanan bawa pulang untuk para pelajar dan pekerja pejabat yang sibuk.
Dahulu, dim sum bukanlah satu makanan utama, tetapi hanya sebagai hidangan ringan, oleh itu ia hanya bermakna menyentuh hati, kini ia menjadi satu makanan asasi budaya makanan orang Cina, khususnya di Hong Kong. Para pegawai kesihatan mengkritik jumlah ketinggian lemak dan garam ("sodium") di dalam sesetengah hidangan dim sum, dan memberi amaran bahawa dim sum kukus tidak seharusnya dianggap berkhasiat.[1] Para pegawai kesihatan mencadangkan supaya mengimbangkan hidangan berlemak dengan sayur-sayuran masak, tanpa kuah.
makanan ini saya hendak cuba,tetapi,saya tiada resepinya...
BalasPadam